Monday, 31 March 2014

Si Comel....

-Assalamualaikum-

Tadi, tengah-tengah dok korek gambar-gambar lama dalam lappy ni, terjumpa la gambar-gambar "si comel" yang pernah ada dalam rumah ni..herm.. "si comel" yang dimaksudkan adalah cik meoww!! tanpa sedar banyak jugak cik meoww yang telah dibela oleh ibu, tapi dalam banyak2 tu last2 tinggal dua ekor ja..ada cik meoww yang dah kembali kepada PENCIPTA, ada yang kena halau keluar dari akibat disiplin diri yang tidak bagus, ada yang kena halau sebab berpenyakit n etc..tetiba teringin nak cita balik kisah2 si comel yang pernah tinggal dalam umah ni....

Ok, meh kita mulakan dengan si comel "Manja".. 

Hai..nama saya Manja.. boleh panggil Man je....hihik :P
si comel Manja ni sangat la manja, nama yang dia dapat pun sempena perangai dia yang terlalu manja..Manja adalah kucing yang paling lama menguhuni rumah aku. Sejarah si Man ni..dia sebenarnya kucing pelarian..sebabnya Ibu  jumpa dia tengah lari2 untuk selamatkan diri daripada kucing2 jantan yang nak ngorat dia..hahahak.tetiba ja budak Man ni lari masuk kat laman umah aku..tanpa membuang masa, Ibu pun apa lagi terus tangkap budak Man ni dan bela dia sampai la hari ni. Untung dia, nak selamatkan diri, sekali dapat terus rumah perlindungan.Kami bela kucing ni dari tahun 2010. So kiranya masuk tahun ni, dah 4 tahun dia jadi haiwan peliharaan rasmi umah kami. Man ni, sebenarnya sangat garang.Tapi bukan garang ngan manusia la..Man ni garang dengan golongan kucing ja..Kalau bahasa mudahnya, dia adalah gangster bagi kumpulan kucing kat taman aku( padahal kucing betina kut..aduhai!!!) >_<..Pantang ja ada kucing baru lalu kat kawasan umah kami, herm..boleh dengar la japgi..bunyi kucing2 bergaduh..puncanya..si budak Man ni la..nampak ja kelibat kucing baru lalu..terus follow kucing tu..hahahak (apasal bunyi macam twitter ni..main follow bagai) >_<

Man ni memang mengada sangat..dan boleh dikategorikan dalam kumpulan yang sangat memilih.Dia x makan langsung nasik dengan ikan. Dia cuma makan whiskes..itu pun bukan semua jenis dia makan.pilih2 jugak budak Man ni..ngada betul..Tapi dalam ngada2 dia pun, budak Man ni x dak la  nak menyusahkan sapa2. Dah 4 tahun kami bela dia, sekali pun x pernah cuci najis dia.herm..baguih betul!!

p/s:Khas buat budak Man: semoga terus menjadi kucing yang x menyusahkan tuanmu woke!!!

Ini adalah gaya Man tidur..sangat pemalu ya.sentiasa menutup tangan di atas muka!! :P

Ini satu lagi bukti bahawa Man cukup pemalu apabila sedang tidur!! mehmehmeh >_<
Ha..tapi..kadang2 ada ja freestyle yang budak Man ni suka buat!!!( ini sebenarnya menumpang bilik adik aku ja..melampau la budak Man ni dah ada bilik!!) :P

si comel Boy!!!

Jangan la ambik gambar saya tidur malu la!! -_-
Si comel Boy..erm..ni kisah sedih la...Boy ni dah x dak dah..dia dah mati..kami sempat bela dia kejap ja.. Boy datang kat umah kami..sebab kawan Ibu kasi kat Ibu untuk buat anak angkat!!Budak Boy ni sakit..kalau aku cakap..pun..macam x logic, tapi hakikatnya, boy mati akibat penyakit batu karang!! aku ingat selama ni, manusia ja ada penyakit macam tu.rupanya si comel pun boleh dapat penyakit macam tu..Ni semua info dari dr haiwan yang rawat Boy la..penyakit ni jadi akibat daripada sesetengah makanan kucing mengandungi kandungan garam yang tinggi. sewaktu jaga Boy..la duit paling habis banyak. Boy kena buat operation sampai 2 kali..kesian dia..habis dr cukur bulu2 kat kaki dia..sampai nampak macam anjing poodle..hayoooo..x lawa langsung!! Budak Boy ni sangat sopan..abah yang x suka kucing pun, terus sayangkan Boy ni.setiap pagi sebelum abah pi kerja, mesti abah kasi Boy vitamin..hahahak Boy untung gila!!!( Masa ni budak Man langsung x leh trima kehadiran kucing baru dalam umah ni.Lama jugak budak Man merajuk n ambik masa nak terima Boy!!) Setiap malam mesti Boy akan tidur di anatara ibu dengan abah.hahahk macam baby..hari boy nak menghembuskan nafas..tragis sangat keadaannya.aku x sanggup nak tengok.keluar darah menitik-nitik dari pungung dia..menangis aku tengok, lepas tu..aku dah tau dah.dia x kan ada harapan lagi untuk terus hidup.so.untuk elakan aku tengok saat2 getir  tu.aku terus pi kat ruang tamu.tidur atas sofa..Bila aku sedar ja, adik aku bagitau Boy dah x dak..sekurang-kurangnya, aku lega sebab aku x sanggup nak tengok budak Boy ni hidup tersiksa lama2. :'(

Anak2 murid Ibu yang tanamkan Boy ni..aku dengan adik x sanggup nak pi tengok budak2 tu  tanam si Boy, sebab kami sayang sangat kat Boy ni.sekrang ni, kubur Boy tu pun aku x leh tengok dah..sebab tapak kubur tu..orang dah bina umah.herm..semadilah dengan damai di sana!!! RIP!!

Dalam kenangan!!!
Masa ni Boy x sakit lagi..tengok tenang ja dia tidur..zzzzzz!!!

p/s: Buat si boy..teruskan tidurmu dengan tenang!!!

si comel Cik puteh n Blacky!!




Ha..ini dua ekor budak kecik yang memang kejap ja duduk kat umah aku.. x sampai 2 minggu rasanya..cik puteh dan balcky merupakan satu bapak dengan budak boy.cuma lain mak kot. al -maklumlah, bapak budak2 ni  kawin banyak , tu yang dapat pelbagai rupa dan warna.hahahak.Mula2 balcky ni, kami x mau ambik sebenarnya sebab...erm.warna dia tu..hitam berkilat sangat..takut..tambah2 waktu malam..nampak dua biji mata ja..mehmehmeh >_<
cik puteh plak memang dalam wishlist kami..dah lama kami nak bela kucing putih..tapi x pernah jumpa..duk cari jugak kat pet shop..tapi yang ada warna orange, gray...x mau la..dah pernah bela dah warna2 tu.teringin nak bela yang warna putih plak.

Dua ekor budak kecik ni, sebenarnya, hilang!!! kami sekeluarga pi Pahang, ada kenduri.sekali balik..tengok2 dua2 ekor lesap!!! merayau satu taman jugak la ibu cari budak dua ekor ni.tapi yang jumpa balcky ja..herm!!!ibu kan x berapa suka blacky sangat.Akhirnya, blacky pun diserahkan kepada keluarga baru untuk dijadikan anak angkat!!huhuhuhu..sayang tau!!cik puteh paling sayang..comel sangat!!!!!


Alololo geram kat cik puteh ni!!!
p/s: tu cik puteh n blacky..lain kali tolong jangan lari dah dari rumah tuan korang ok!!!

ha..and the last one..ini la kucing yang paling latest kami bela..kami ambik dia kat umah kebajikan kucing2 taman kami..hahahak

Boy 2

Nama ja kucing kampung tapi biladia tidur, x daknya pun menunjukka ciri2 kucing kampung..buas btul!! >_<

Si Boy ni...kadang2 tengok comel jugak!!



Kami panggil dia Boy sebab kami teringat dekat Boy yang dah mati dulu2..tapi nama ja sama, dia tetap x boleh ganti tempat Boy yang dulu.yang nak tergelaknya, kucing Boy ni...sangatlah memahami kata2 kami..hahak waktu mula2..dia sampai kat umah ni, ekor dia x la berapa kembang..kembang2 sikit2 ja..n ibu plak sangat la x gemar kucing yang ekornya x berapa kembang..ada la waktu tengah bagi makan budak ni, ibu cakap "ekor x kembang pun, macam ni x mau bela la!!nampak hari tu, kembang sikit ekor dia."
hahahak..agaknya budak boy ni dengar kot apa ibu cakap..terus dia demam...kesian3.. lepas ja dia baik demam, terus ekor dia jadi kembang elok
hahahahaak..aku kata kat ibu, "punya la si Boy ni takut kena buang, terus dia demam sambil berusaha mengembangkan ekor dia yang x berapa nak kembang tu...macam tu pun ada ka??" hahahak macam2 la...budak Boy ni.hahahk
tapi lately ni.ibu macam geram sikit dengan dia..ha.sebabnya, dia ni terlalu baik sangat!! bila kucing luar masuk makan makanan dia..dia tengok ja..padahal..makanan dia kot..baik betul.mungkin Boy ni pegang prinsip..."Berkongsi itu amalam mulia"..hahahk kan dulu Boy ni duk umah welfare, kat sana kan ada banyak kucing...so..mungkin kat sana la..dia belajar, kalau ada ja makanan kongsi ramai2!!! >_< mehmehmeh..

aku sekrang tengah jadi trainer si Boy ni..aku selalu suruh dia angkat ekor la, pusing ekor la..n yang bestnya dia ikut apa kita cakap..contohnya
"Boy, angkat ekor!!"
dia angkat

"Boy, pusing ekor!!"
dia pusing!!

Best3...dapat kucing ikut arahan macam ni

 Sebenarnya, x rugi pun kita bela haiwan peliharaan ni..x kisahlah kucing ka,doggy ka,(not for the muslim) rabbito ka..apa pun x pa..sebab haiwan ni Allah dah tulis rezeki mereka..so secara x langsung..bila kita bela pet ni..allah akan bagi rezki mereka melalui kita..n rezki kita pun sedikit sebanyak dapatlah bertambah!! in sha Allah..yang penting dalam hati tu..nawaitu kena betul..n paling penting jangan la pi seksa plak haiwan2 ni..dah bela seksa plak..baik x payah bela kan!!!

so, this is my story about si comel!!!!

-the end-

-wassalam-

No comments:

Post a Comment