Wednesday, 19 March 2014

Bersyukur!!!!!

-Assalamualaikum-

ok kali ni..kita bercerita mengenai bersyukur..apa maksud bersyukur???
bersyukur adalah berterima kasih  dan berpuas hati di atas apa yang kita dapat. x kisah apa pun baik dari segi  harta benda., kehidupan mahupun apa-apa sahaja.Ok!!! bersyukur..semua orang boleh cakap..

"Kita kena syukur ok dengan apa yang kita ada..kita peroleh!!!Bukan semua orang dapat apa yang kita dapat!!"

Ya!!betul tu, x dinafikan..tapi untuk bersyukur sangatlah susah untuk dilakukan.Tahu apa sebabnya susah untuk kita bersyukur??Sebabnya, kita kena lawan fikiran negatif,perasaan x puas hati dengan orang, kita kena pekakkan telinga daripada dengar kata-kata negatif dari orang sekeliling kita.Aku selalu cuba sedaya-upaya  positifkan diri dengan berkata
" Bukan semua manusia dekat dunia ni, sama takdirnya, sama nasibnya, ada yang bernasib baik ada yang kurang bernasib baik. Ada orang  teringin ja nak  dapat apa yang aku dapat. Jadi aku kena bersyukur dengan apa yang dah Tuhan bagi kat aku!"

Ha...sebenarnya kadang-kadang, aku sedih jugak bila tengok orang lain dapat apa yang mereka inginkan.Impian mereka tercapai.Sedangkan aku??? Ada ja impian aku yang aku x dapat. keinginan aku yang x dapat aku buat..Tapi..aku kena ingat la..kenapa aku mesti nak cemburu dengan orang lain..Sedangkan apa yang aku dapat pun dah cukup untuk buat hidup aku sentiasa tersenyum..Kenapa aku harus nak cemburu dengan orang lain pulak kan!
Kadang-kadang ada impian yang kalau kita nak, kita kena usaha..Tapi kalau kita x usaha bersungguh-sungguh, jangan mimpilah impian kita akan tercapai... Bukan salah siapa-siapa melainkan diri kita sendiri la kan!

Dalam hidup ni, ada satu perkara yang kita harus yakin dan percaya walaupun kadang-kadang memang diakui sangat susah untuk kita yakin iaitu, rezki kita telah ditulis sebelum kita lahir kedunia lagi..Segalanya tentang jalan hidup kita sudah tercatat dari permulaan hingga ke titik penghujungnya..kita ibarat seorang pelakon yang melakonkan sahaja jalan ceritanya..Namun, jalan cerita ini boleh diubah jika disulami, dengan usaha, doa dan tawakal(pengharapan sepenuh hati)...Dengan syarat...terus yakin dan percaya Di atas sana adalah Maha Mengetahui..
In Shaa Allah!!

sentiasa ingat!!Ingat dan ingat!!!

La Tahzan Innallah ha ma`ana
(Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama mu!!) :)


sekian untuk kali ini
-wassalam-
-the end-

No comments:

Post a Comment