Monday, 3 March 2014

Kisah budak hostel part 1...

-Assalamualaikum-

Ha...kali ni...aku nak kongsi kisah aku sebagai salah seorang ex-budak hostel..herm..
Ada la satu hari ni..jumpa dengan sorang adik ni...dia cita, dia takut nak duduk hostel..
Aku tanya la, sebab apa yang takut nak duduk hostel??? Dia kata takut kena buli la..makanan x sedap la..kena cuci baju sendiri la apa la..hahaak aku gelak ja..disebabkan ada  khabar angin yang bukan2 telah menyebabkan budak tu takut nak duduk hostel dah..Sebenarnya best tau duduk hostel ni..macam2 pengalaman anda boleh rasa..dari sepahit-pahitnya..hinggalah semanis-manisnya...

Kalau bab kena buli tu..aku x kena pun...senior semua ok..baik ja layan kita..serius..siap boleh melawak lagi..kalau bab makan x sedap tu..x berapa betul  jugak..kat hostel la, aku paling banyak makan lauk ayam!!!hahaahahak serius lepas tu sehari 5 kali kut makan..hah apa lagi nak..ok la tu..boleh dikatakan hari2 jugak la x pun selang sehari macam tu kami makan lauk ayam..itu masih dikategorikan sebagai x sedap dan x ok ka???rasanya satu Malaysia pun dia punya menu sama ja..pada aku ok sangat la tu.Kat umah pun x kerap nak makan lauk ayam tau x!!!!

Kalau bab kena cuci baju sendiri pun..aku rasa..erm..x betul jugak la..tapi mungkin ada setengah sekolah x sediakan dobi untuk student yang duduk kat hostel kan...tapi for my school hahak aku ja yang gedik mencari masalah cuci baju sendiri..sebabnya..aku malas nak bejalan pi ke dobi..x la jauh sangat..tapi aku memang malas la nak bejalan pi ke dobi tu..kadang2 ja pi dobi, itu pun sebeb nak hantar cadar basuh..ada setengah sekolah lagi untung..dobi ada kat bawah asrama ja.kalau x sedia dobi pun, setengah hostel ada sediakan mesin basuh yang bubuh duit kan..ikut la..setiap asrama x sama dia punya kemudahan..

duduk hostel selama 5 tahun menjadikan aku seorang budak yang agak berdikari...(sekrang duk umah dah jadi anak manja plak dah!!! berada agak jauh dari keluarga, betul2 buat aku belajar erti mempercayai dan menyayangi  orang yang bukannya ada hubungan kekeluargaan dengan kita..orang yang aku maksudkan adalah kawan2 aku..atau lebih tepat keluarga kecil aku.

Bermula dari tingkatan satu, aku masuk ke sekolah tu dengan zero ok!!!itu adalah fakta!!.masa tingkatan satu, aku sangat la selekeh..x reti langsung nak jaga baju.. terima kasih banyak2 diucapkan kepada ibu dan abah kerana sudi mengajar anak perempuan mereka ni hidup berdikari...daripada x reti langsung nak iron baju..sampai la aku bejaya iron baju dengan agak kemas..daripada x reti nak basuh baju bersih2..sampai la aku reti nak basuh baju dengan cara yang betul..Aku besa kut pakai kasut sekolah sampai berlubang..nampak habih jari...hahahk tak teringat nak mintak kat abah aku kasut baru. Sampai abah aku pulak cakap.."la..kak cik.napa x bagitau abah, kasut sekolah dah koyak.." hahahak nampak x bertapa simple sangat hidup aku..betul2 aku x kisah dengan penampilan aku..atau bahasa kasarnya, "ada aku kisah!!!"

waktu tingkatan satu, aku langsung x kisah, tudung jadi ka x??herot ka, senget ka..memang aku x peduli..sebab aku rasa..x dak sapa pun nak tengok aku...dan aku selesa ja jadi diri aku yang macam ni simple( tapi kau simple sangat yus!!!)...kadang2 x dan nak iron baju..hentam ja pakai...pi kelas prep. Dasyat x??.hahahak bila ingat2 balik..aku malu sebenarnya...aku malu teringat betapa teruknya aku dulu!!!hahahak

Bila aku makin meningkat dewasa..hahahak..ha..aku punya penampilan pun makin ok la..x dak la nak pakai baju x iron..tapi kadang2 kalau kalang kabut sangat..hentam ja pakai..hahak itu pasai perubahan diri aku..

kalau pasai persahabatan pulak..erm..memang seronok sangat...kenal kawan2 kat asrama..kat situlah kita boleh kenal mana kawan, mana sahabat,dan mana teman bersama..ya..kita akan belajar siapa kawan dan siapa lawan..tapi macam aku..aku x banyak pun krisis dengan kawan2.ada la sekali dua..Lepas tu hidup aku aman dan sentosa....Aku punya character semua orang tau.. ..kaki lawak..penyayang..extra care..suka sangat berkongsi cerita...kat sanaorang panggil aku "MAMA"
apa la bunyi macam tua ja..mula2 x suka jugak kawan2 panggil macam tu..tapi lama2..Mak ok ja!!!hahahak...mungkin sebab character aku la kut..aku x banyak masalah sepanjang aku duduk kat sana..And Thank God..sebab bagi aku seorang kawan..eh2 bukan kawan..tapi sahabat sejati la..ada ramai kawan tapi kalau sahabat ada seorang yang paling istimewa..(nanti kita buat special entry untuk dia ea..)kenal dia dari tingkatan satu...dan still keep in touch sampai saat ini..ada ketika senang dan susah..sentiasa mendengar kisah suka duka aku.walaupun orang yang aku cerita tu langsung dia x pernah jumpa..u are the best!!! i love you....

Apa lagi????duduk hostel jugak la membuatkan aku lalui episod2 serammmmm...hahahk tapi alhamdulillah sebab walaupun ada ja cerita2 yang serammm aku dengar, tapi aku x pernah lagi la untuk bertemu..dengan "makhluk Allah "tu..aku sentiasa niat dalam hati yang aku x mau langsung terserempak dengan" golongan" tu..aku  bukanlah kuat sangat....kadang2 tengok kawan2 ada yang kena kacau la, kena usik la.,.herm membuatkan aku...takut jugak..tapi dalam tempoh 5 tahun tu..aku x kena la apa2..

Ha..disebabkan aku dok hostel ni la..aku telah mendapat beberapa kenalan baru..seperti...pak cik bas..yang sentiasa bawak aku pulang ke rumah dan pergi ke hostel sepanjang tempoh 5 tahun.. thanks pak cik..and satu fakta pasal pak cik ni..5 tahun aku naik bas dengan dia..x pernah terlintas dalam hati aku nak tanya nama pak cik tu..bagus kan yusrina!!!hahahak ada lagi..aku kenal mak cik DM(dewan makan) yang memang dah tau style aku makan..hahahak kalau tengok muka aku ja..dia mesti tanya.."nak kuah lebih x??"hahahak i love u mak cik...ada sorang mak cik..dekat DM aku tu..orang indonesia..jadi aku pun x lepaskan peluang untuk mengasah bakat aku bercakap dialek Indonesia ok...hahahak dan aku berjaya..macam mana aku tau aku berjaya..mak cik senyum ja dengar aku cakap!!!!hahahak :P

ok la nanti kita sambung lagi cita..kalau nak cita semua..herm..boleh kebas tangan menaip..jumpa lagi
-to be continue_

No comments:

Post a Comment