Sunday, 19 January 2014

Apa Tu Solat Dhuha????


-Assalamualaikum-

Entry kali ni..aku nak bercerita tentang kelebihan solat  Dhuha...

Q: Apa tu solat  Dhuha???
A: Solat dhuha ni adalah solat dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuha..

Q: Bila masuk waktu Dhuha ni ???
A: Waktu Dhuha bermula apabila terbit matahari dan panas cahaya matahari tu kita dapat rasakan sehingga sebelum matahari berada di pertengahan langit dalam erti kata lain sebelum masuk waktu zuhur..

Q: Apa hukum solat Dhuha ni??
A: Hukum solat Dhuha ni adalah sunat..

Kalau waktu kecik-kecik aku cuma tahu..solat Dhuha ni orang selalu buat pada waktu pagi ja..tapi aku memang x tahu la apa tujuan solat Dhuha ni dibuat..tapi bila dah makin besar, bila duk pi dengar ceramah la..baca buku barulalah aku tau apa tujuan kita disunatkan buat solat Dhuha ni...

Dalam satu riwayat , Rasullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud

" Solat Dhuha berhasiat mendatangkan rezeki dan menolak kekafiran. Tidak ada sesiapun kekal melakukannya kecuali orang-orang yang bertaubat."

Dalam hadith lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasullah bersabda

"Siapa yang dapat melakukan solat Dhuha secara berterusan, maka akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan"

Melalui pengalaman aku pulak, Solat Dhuha ni kalau betul kita istiqamah( melakukannya secara berterusan)  dan yakin dengan rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita, in sha allah, Allah akan limpahkan rezeki tersebut kepada kita...dan perkara itu memang berlaku..Alhamdulillah..

Jadikan solat Dhuha ni sebagai rutin dalam aktiviti harian..Aku mengaku, mula-mula nak buat dan nak istiqamahkan solat Dhuha ni memang susah..kadang-kadang...kalau sibuk aku tak buat pun..tapi lama-lama, kalau kita biasa buat, in sha allah..kita susah nak tinggal..

Alhamdulillah berkat solat Dhuha, rezeki tu tak pernah kata tak ada la.. walaupun rezeki yang aku dapat tu tak dak la banyak sangat...macam contoh, tawaran kerja tu sentiasa ada ja datang..aku pulak yang tak tau nak terima atau tak..

Apapun yang paling penting, kita kena yakin dan percaya bahawa setiap manusia dah diberikan rezeki masing-masing..cuma diri kita sendiri la kena yakin dan berusaha untuk mencari rezeki tersebut disamping berdoa semoga dipermudahkan urusan kita dalam mencari rezeki...in sha allah Allah tak pernah tinggalkan hambaNya keseorangan..cuma kita sebagai manusia yang selalu lupa kat Allah...

Ok, sekadar nak kongsikan ilmu dan pengalaman hidup..orang cakap, kita kalau ada ilmu kita tak boleh jadi kedekut, kita kena kongsikan bersama..dan andai kata ada kesalahan hukum ataupun apa-apa dalam perkongsian ilmu ni..harap-harap dapatlah diperbetulkan..


-bye3-


No comments:

Post a Comment