Sunday, 13 April 2014

Siapa kita hendak menilai manusia

-Assalamualaikum-

Ok, malam ni, saja la ambik mood nak menulis..tengah boring-boring ni, apa salahnya kita menulis plak..kekeke
Tadi ada la sembang dengan member sekolah lama, dia ada cita kata, ramai kawan2 dah berubah..bila aku dengar ja kata ada dua tiga orang kawan2 aku dah berburdah..aku terus mengucap Syukur ke hadrat Ilahi..padahal kalau nak ikut background diaorang dulu, wush..macam x pecaya ja..dengan perubahan yang berlaku sekarang..tapi siapa kita untuk menghukum seorang manusia...

Jangan kerana masa lalunya yang teruk atau terpesong, kita terus menghukum bahawa dia x akan berubah dan x mungkin berubah selamanya.Aku mengaku...dulu aku jugak ada fikiran yang macam ni.Bila nasihat dua, tiga kali, orang x mau dengar...kita terus hukum dia x kan mampu dan boleh berubah!!!

No!!! itu salah ok..salah sama sekali..aku pun dah berubah persepsi negatif tu. Makin aku membesar aku makin yakin bahawa, manusia walau seburuk mana sekalipun perangai dia..kalau kita selalu doakan yang terbaik untuk dia, nasihat dia benda yang baik2, tunjuk kat dia contoh teladan yang baik, in sha allah satu hari nanti dia pasti berubah.

Aku mengalaminya sendiri..aku melihat sendiri bagaimana seorang manusia yang pada aku agak keras hatinya akhirnya berubah menjadi seorang yang agak lembut hatinya..tapi kunci untuk dia berubah adalah kesabaran..

Sabar??? semua orang boleh sabar..tapi selama dan sebanyak mana seseorang manusia itu boleh bersabar...itu x sama...ada orang boleh sabar banyak..ada orang boleh sabar sikit...ja..

Sabar???semua orang boleh cakap..tapi nak buat??x semua orang boleh buat..tapi hikmah kita bersabar ni sangat la besar...percayalah..kita akan dapat suatu kepuasan yang sangat indah bila kita bersabar!! x rugi pun bersabar ni....lagi untung ada la!!

-the end-
wassalam

Sunday, 6 April 2014

Wishlist saya.....

-Asslamualaikum-

Yes!! lagi 8 hari ja lagi..hidup aku akan berubah..angka depan dah upgrade dari  1 kepada 2.hahahak tapi bila dilihat-lihat kembali pada diri ini, heuheuheuehe...>_<  x dak gaya langsung nak masuk 20.hahahak. x berubah lagi, baik fizikal, emosi dan mental!!! semuanya masih di tapuk yang lama!!!  Ish2( kesian pada diri sendiri)

Baru-baru ni, ada la orang tanya, erm..nak apa untuk hadiah budfay tahun ni?? apa la...kan nama pun hadiah, x payah la tanya.nanti x suprise la!! mehmehmeh

Tapi, dia still tanya jugak nak apa???hish!!geram aku..kalau nak diikutkan hati aku ni, mau saja aku cekik batang leher dia!!! bagi ja la..bukannya aku nak demand apa pun, aku ni jenis redha ja..apa orang bagi, aku terima dengan hati yang terbuka...dah dia dok tanya sampai bepuluh kali..last2..hah aku buat wishlist!! hambik kau..pilih mana kau nak bagi!!!hahahak

Ini lah wishlist yang telah aku siap sediakan!!!

Memang semua ni impian aku la..hahahak tapi dapat x dapat tu, herm...x pa..janji pasang niat dalam hati yang satu hari nanti...aku akan memilikinya!!

Ya!!! inilah gadjet yang paling aku teringin sekali nak pakai!!dulu aku x kisah sangat nak pakai hp model apa,janji dia boleh mesej, call n dengar lagu..kira ok dah pada aku, tapi makin aku membesar ni.hehehee..aku rasa aku macam gelojoh ja nak dapatkan benda ni..even aku tau gaji aku x la besau sangat!!tapi aku memang teringin gila!!so tutup mata dan berazam bahawa, one day,  u will be mine mr iphone!!!hehehehe...

wishlist kedua pulak adalah....
jeng3
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yeay!!! jam tangan jenama TISSOT..( sumber dari encik Goggle) .Sebenarnya aku x ghairah sangat nak memiliki jam tangan sebab... hahahak aku rasa sepanjang hidup aku la kan..aku kena sumpah la!! x leh pakai jam tangan.walaupun yang mahal sekalipun..mesti rosak!!huhuhu..nasib badan..jenama TISSOT ni aku pernah pakai sekali ja!!lepas tu, herm..aku boleh bagi hilang..mengamuk sakan bapak aku..yer la kalau setakat harga rm 10 macam kat pasar malam tu, x pa la..ini..hehehehe ngeri kalau dengar harga jam tu..tapi aku dengan selambanya menghilangkannya..bukan aku sengaja.. lepas tu, aku balas pakai jam tangan kakak aku...last2 rosak jugak.Dah la jam tu..jam tangan hantaran dia. jenma polo..mahal gak tu...nasib la dia x marah!!!nampak x..betapa jam tu x suka aku!!!sejak tu..aku pakai jam pasar malam ja..kalau hilang ka rosak ka.. x dak la sentap sangat!! tapi hati kecil ini masih memasang niat untuk memiliki jam seperti yang diatas...hahahk tetap nak pakai!!!
yang ketiga!!!!

Perpustakaan mini tapi khusus buat novel!!! Memang x dinafikan, umah aku memang macam perpustakaan mini..macam2 buku ada..dari tadika sampai la untuk bacaan umum. Tapi, koleksi novel aku masih belum mencapai tahap perpustakaan.Dulu aku suka sangat habis baca dengan baca novel..kadang2 sampai ibu marah la..sebabnya..asyik duduk baca novel ja..kerja umah kadang x buat.,.muhehehehe....nak buat macam mana..kalau dah start baca tu..jangan harap la nak berenti..sorry la..tapi kebelakangan ni..aku dah kurang dah baca novel!!!Entahla..rasa x dak mood nak baca..setiap kali masuk ja kedai buku..belek ja novel2 terbaru, tapi...kan x dak rasa langsung nak beli..herm dah tu.macam mana nak realisasikan impian aku nak bukak perpustakaan untuk novel???x pa...semat dalam hati...perkara ini akan berlaku!! ;)
Kasut!! memiliki koleksi kasut sampai penuh satu bilik..memang menjadi impian aku...hahahak..x tau kenapa..macam tu..gila betul dengan kasut...pantang ja nampak kasut baru..mesti mula la..nak try...hah lepas tu mula la nak beli..padahal x sampai dua minggu, aku baru ja beli kasut baru..hahahahak..perasaan ini sangat payah ya untuk dikwal..tak tahu macam mana nak kawal..x reti.... sob3...( menangis insaf)..nasib la cik puan besar,..selalu ikut ja pi shopping..ibu la dok control aku punya perangai yang ntah apa2..ni..kalau x..mesti duit habis dengan beli kasut ja!!! wiwiwiwiwi..tapi walaubagaimanapun..aku tetap dengan impian aku..nak memiliki...koleksi kasut...sampai penuh satu bilik!!!

Ha....ini yang paling ditunggu-tunggu..fresh flower...selalu lalu..dekat pasar pagi..selalu ja tengok ada orang jual fresh flower...huuuuu jatuh cinta....cantik sangat..teringin gila nak beli..tapi..mesti ibu cakap "nak buat apa??" huh...x sporting langsug..so sejak tu aku pasang impian...kalau aku ada rumah sendiri..aku akan pastikan ada fsresh flower dalam umah sendiri!!! aku memang x minat  langsung nak tanam pokok bunga tapi aku suka bunga!! aneh x???hahahak memang aneh pun!! tapi itulah aku!!! aku suka fresh flower!!!
Ha...the last one..ini yang paling aku harap...and paling aku berdoa..untuk mendapatkannya..baby!!!memang la muda lagi untuk pikir semua ni..tapi..aku suka sangat baby...tambah pulak kalau baby sendiri!!!bersyukur gila!!!!semoga impian yang ni akan tercapai dahulu, dalam banyak2 impian!!! amin!!!!
Ini lah senarai impian aku...aku x mintak banyak pun..iphone ja.hahahahak..bukan mintak rumah banglo pun.tapi kalau dapat..terima aja!!!!hahahahak oklah..bye2

-the end-

-wassalam-

Monday, 31 March 2014

Si Comel....

-Assalamualaikum-

Tadi, tengah-tengah dok korek gambar-gambar lama dalam lappy ni, terjumpa la gambar-gambar "si comel" yang pernah ada dalam rumah ni..herm.. "si comel" yang dimaksudkan adalah cik meoww!! tanpa sedar banyak jugak cik meoww yang telah dibela oleh ibu, tapi dalam banyak2 tu last2 tinggal dua ekor ja..ada cik meoww yang dah kembali kepada PENCIPTA, ada yang kena halau keluar dari akibat disiplin diri yang tidak bagus, ada yang kena halau sebab berpenyakit n etc..tetiba teringin nak cita balik kisah2 si comel yang pernah tinggal dalam umah ni....

Ok, meh kita mulakan dengan si comel "Manja".. 

Hai..nama saya Manja.. boleh panggil Man je....hihik :P
si comel Manja ni sangat la manja, nama yang dia dapat pun sempena perangai dia yang terlalu manja..Manja adalah kucing yang paling lama menguhuni rumah aku. Sejarah si Man ni..dia sebenarnya kucing pelarian..sebabnya Ibu  jumpa dia tengah lari2 untuk selamatkan diri daripada kucing2 jantan yang nak ngorat dia..hahahak.tetiba ja budak Man ni lari masuk kat laman umah aku..tanpa membuang masa, Ibu pun apa lagi terus tangkap budak Man ni dan bela dia sampai la hari ni. Untung dia, nak selamatkan diri, sekali dapat terus rumah perlindungan.Kami bela kucing ni dari tahun 2010. So kiranya masuk tahun ni, dah 4 tahun dia jadi haiwan peliharaan rasmi umah kami. Man ni, sebenarnya sangat garang.Tapi bukan garang ngan manusia la..Man ni garang dengan golongan kucing ja..Kalau bahasa mudahnya, dia adalah gangster bagi kumpulan kucing kat taman aku( padahal kucing betina kut..aduhai!!!) >_<..Pantang ja ada kucing baru lalu kat kawasan umah kami, herm..boleh dengar la japgi..bunyi kucing2 bergaduh..puncanya..si budak Man ni la..nampak ja kelibat kucing baru lalu..terus follow kucing tu..hahahak (apasal bunyi macam twitter ni..main follow bagai) >_<

Man ni memang mengada sangat..dan boleh dikategorikan dalam kumpulan yang sangat memilih.Dia x makan langsung nasik dengan ikan. Dia cuma makan whiskes..itu pun bukan semua jenis dia makan.pilih2 jugak budak Man ni..ngada betul..Tapi dalam ngada2 dia pun, budak Man ni x dak la  nak menyusahkan sapa2. Dah 4 tahun kami bela dia, sekali pun x pernah cuci najis dia.herm..baguih betul!!

p/s:Khas buat budak Man: semoga terus menjadi kucing yang x menyusahkan tuanmu woke!!!

Ini adalah gaya Man tidur..sangat pemalu ya.sentiasa menutup tangan di atas muka!! :P

Ini satu lagi bukti bahawa Man cukup pemalu apabila sedang tidur!! mehmehmeh >_<
Ha..tapi..kadang2 ada ja freestyle yang budak Man ni suka buat!!!( ini sebenarnya menumpang bilik adik aku ja..melampau la budak Man ni dah ada bilik!!) :P

si comel Boy!!!

Jangan la ambik gambar saya tidur malu la!! -_-
Si comel Boy..erm..ni kisah sedih la...Boy ni dah x dak dah..dia dah mati..kami sempat bela dia kejap ja.. Boy datang kat umah kami..sebab kawan Ibu kasi kat Ibu untuk buat anak angkat!!Budak Boy ni sakit..kalau aku cakap..pun..macam x logic, tapi hakikatnya, boy mati akibat penyakit batu karang!! aku ingat selama ni, manusia ja ada penyakit macam tu.rupanya si comel pun boleh dapat penyakit macam tu..Ni semua info dari dr haiwan yang rawat Boy la..penyakit ni jadi akibat daripada sesetengah makanan kucing mengandungi kandungan garam yang tinggi. sewaktu jaga Boy..la duit paling habis banyak. Boy kena buat operation sampai 2 kali..kesian dia..habis dr cukur bulu2 kat kaki dia..sampai nampak macam anjing poodle..hayoooo..x lawa langsung!! Budak Boy ni sangat sopan..abah yang x suka kucing pun, terus sayangkan Boy ni.setiap pagi sebelum abah pi kerja, mesti abah kasi Boy vitamin..hahahak Boy untung gila!!!( Masa ni budak Man langsung x leh trima kehadiran kucing baru dalam umah ni.Lama jugak budak Man merajuk n ambik masa nak terima Boy!!) Setiap malam mesti Boy akan tidur di anatara ibu dengan abah.hahahk macam baby..hari boy nak menghembuskan nafas..tragis sangat keadaannya.aku x sanggup nak tengok.keluar darah menitik-nitik dari pungung dia..menangis aku tengok, lepas tu..aku dah tau dah.dia x kan ada harapan lagi untuk terus hidup.so.untuk elakan aku tengok saat2 getir  tu.aku terus pi kat ruang tamu.tidur atas sofa..Bila aku sedar ja, adik aku bagitau Boy dah x dak..sekurang-kurangnya, aku lega sebab aku x sanggup nak tengok budak Boy ni hidup tersiksa lama2. :'(

Anak2 murid Ibu yang tanamkan Boy ni..aku dengan adik x sanggup nak pi tengok budak2 tu  tanam si Boy, sebab kami sayang sangat kat Boy ni.sekrang ni, kubur Boy tu pun aku x leh tengok dah..sebab tapak kubur tu..orang dah bina umah.herm..semadilah dengan damai di sana!!! RIP!!

Dalam kenangan!!!
Masa ni Boy x sakit lagi..tengok tenang ja dia tidur..zzzzzz!!!

p/s: Buat si boy..teruskan tidurmu dengan tenang!!!

si comel Cik puteh n Blacky!!




Ha..ini dua ekor budak kecik yang memang kejap ja duduk kat umah aku.. x sampai 2 minggu rasanya..cik puteh dan balcky merupakan satu bapak dengan budak boy.cuma lain mak kot. al -maklumlah, bapak budak2 ni  kawin banyak , tu yang dapat pelbagai rupa dan warna.hahahak.Mula2 balcky ni, kami x mau ambik sebenarnya sebab...erm.warna dia tu..hitam berkilat sangat..takut..tambah2 waktu malam..nampak dua biji mata ja..mehmehmeh >_<
cik puteh plak memang dalam wishlist kami..dah lama kami nak bela kucing putih..tapi x pernah jumpa..duk cari jugak kat pet shop..tapi yang ada warna orange, gray...x mau la..dah pernah bela dah warna2 tu.teringin nak bela yang warna putih plak.

Dua ekor budak kecik ni, sebenarnya, hilang!!! kami sekeluarga pi Pahang, ada kenduri.sekali balik..tengok2 dua2 ekor lesap!!! merayau satu taman jugak la ibu cari budak dua ekor ni.tapi yang jumpa balcky ja..herm!!!ibu kan x berapa suka blacky sangat.Akhirnya, blacky pun diserahkan kepada keluarga baru untuk dijadikan anak angkat!!huhuhuhu..sayang tau!!cik puteh paling sayang..comel sangat!!!!!


Alololo geram kat cik puteh ni!!!
p/s: tu cik puteh n blacky..lain kali tolong jangan lari dah dari rumah tuan korang ok!!!

ha..and the last one..ini la kucing yang paling latest kami bela..kami ambik dia kat umah kebajikan kucing2 taman kami..hahahak

Boy 2

Nama ja kucing kampung tapi biladia tidur, x daknya pun menunjukka ciri2 kucing kampung..buas btul!! >_<

Si Boy ni...kadang2 tengok comel jugak!!



Kami panggil dia Boy sebab kami teringat dekat Boy yang dah mati dulu2..tapi nama ja sama, dia tetap x boleh ganti tempat Boy yang dulu.yang nak tergelaknya, kucing Boy ni...sangatlah memahami kata2 kami..hahak waktu mula2..dia sampai kat umah ni, ekor dia x la berapa kembang..kembang2 sikit2 ja..n ibu plak sangat la x gemar kucing yang ekornya x berapa kembang..ada la waktu tengah bagi makan budak ni, ibu cakap "ekor x kembang pun, macam ni x mau bela la!!nampak hari tu, kembang sikit ekor dia."
hahahak..agaknya budak boy ni dengar kot apa ibu cakap..terus dia demam...kesian3.. lepas ja dia baik demam, terus ekor dia jadi kembang elok
hahahahaak..aku kata kat ibu, "punya la si Boy ni takut kena buang, terus dia demam sambil berusaha mengembangkan ekor dia yang x berapa nak kembang tu...macam tu pun ada ka??" hahahak macam2 la...budak Boy ni.hahahk
tapi lately ni.ibu macam geram sikit dengan dia..ha.sebabnya, dia ni terlalu baik sangat!! bila kucing luar masuk makan makanan dia..dia tengok ja..padahal..makanan dia kot..baik betul.mungkin Boy ni pegang prinsip..."Berkongsi itu amalam mulia"..hahahk kan dulu Boy ni duk umah welfare, kat sana kan ada banyak kucing...so..mungkin kat sana la..dia belajar, kalau ada ja makanan kongsi ramai2!!! >_< mehmehmeh..

aku sekrang tengah jadi trainer si Boy ni..aku selalu suruh dia angkat ekor la, pusing ekor la..n yang bestnya dia ikut apa kita cakap..contohnya
"Boy, angkat ekor!!"
dia angkat

"Boy, pusing ekor!!"
dia pusing!!

Best3...dapat kucing ikut arahan macam ni

 Sebenarnya, x rugi pun kita bela haiwan peliharaan ni..x kisahlah kucing ka,doggy ka,(not for the muslim) rabbito ka..apa pun x pa..sebab haiwan ni Allah dah tulis rezeki mereka..so secara x langsung..bila kita bela pet ni..allah akan bagi rezki mereka melalui kita..n rezki kita pun sedikit sebanyak dapatlah bertambah!! in sha Allah..yang penting dalam hati tu..nawaitu kena betul..n paling penting jangan la pi seksa plak haiwan2 ni..dah bela seksa plak..baik x payah bela kan!!!

so, this is my story about si comel!!!!

-the end-

-wassalam-

Saturday, 29 March 2014

Great Dinner

-Assalamualaikum-

Ha...malam ni..lepas ja solat Maghrib..Ibu cakap "lapar la.." hahahak dah tau dah tu..itu nak bagi signal nak ajak keluar makan la tu..erm..macam x tau tektik tu...tektik lama la.. mehmehmeh >_<

so..malam ni kami pun keluar la untuk dinner..masa kat umah..ibu cakap... "lapar chicken chop la.." hahahak
woke...so, aku pun bawak la ibu pi makan kat satu tempat ni..erm, dekat ja dengan rumah kita orang x sampai 20 minit pun..inilah dia jeng3...

Ha...ini dia restoran MONRODS Kulim....Restoran ni ok la..dia punya makanan.

Aku ngan family jarang datang makan sini..kalau sambut macam bufday baru la datang makan sini..tapi malam ni..kami dua beranak sekali lagi dengan bangganya pi makan dekat sini..hahahak..harga kat sini..boleh tahan jugak la..bagi orang yang bergaji "ciput cedut" macam aku ni..Tapi, bagi orang yang begaji "besor" x dak pa pun yang nak dirisaukan.hahahak boleh ja makan selalu..

So, demi bondaku tercinta..aku tunaikan jugak la hasrat dan keinginan My mom nak makan chicken chop!!!

Jom..kita zooom in menu book..tengok makan apa ada??( padahal dah plan dah pun dari umah  nak makan chicken chop >_<  )
Hahahak..soryy la...menu terbalik la plak..tapi yang paling penting....nampak x apa kitaorang order!!!!ya.. mushroom chicken chop for my mom..n black paper chicken chop for me...hahahak aku memang penggemar lada hitam!!!!
Tengah2 boring dua beranak ni..ambik la gambor...sementara menunggu makanan sampai kan!!!hahahak :P
Tuan empunya camera pun x lepaskan peluang..bergambor....hahahak saja ambik port!!! >_<
Tengok la ni.dua beranak ni.hahahak ada x iras ibu dan anak???? ( orang cakap aku ni anak abah!!!)
Peace yo!!! hahahak pipi tu..dah over tu..kena kempiskan balik ni!!!
Ini la dia menu pertama yang sampai ke meja..hahak for drinks..aku pilih orange carbonate,n untuk ibu traditional black coffee...nampak x balang kaca putih tu??ha itu balang gula..untuk tambah dalam kopi tu..sebab kopi tu agak pahit la!!! Tapi dah nama pun kopi kan..ada ka kopi manis??? >_<
Nampak sedap x??  Pada aku yang memang lapar..sedap la..here you are..black paper chicken chop!!!
Ni plak my mom punya..mushroom chicken chop!!!pun sedap..tapi x berapa pedas la...
Tengok2..Cik Puan Besar  nak rasmi makan dulu..jemput makan!!!
Alhamdulillah...saya sudah kenyang..terlalu kenyang sampaikan  salad tu pun x habis..
Ha....bila perut pun dah kenyang..hati pun dah senang..apa lagi..bayar la..hahahak...tunggu boleh..dah kenyang kena bayar la..owhh.makan sedap2 x nak bayar plak..hahahak..dah bayar..cik resit pun ikut la saya balik... :P
Itulah Great Dinner dua beranak..ni..x pernah terlintas pun nak datang sini..selalu kita orang pi restoran belakang taman ja..dekat lagi...tapi saja la malam ni..ikut la permintaan bonda tercinta kan..apa salahnya..dah lama sangat Ibu ikut kehendak anak-anaknya..hari ini kita plak ikut kehendak ibunya..x salah kan..balas budi selagi mampu!!! :)

sekian, wassalam

-the end-

Friday, 28 March 2014

Gurlzzz VS Money!!!

-Assalamualaikum-
Ha...kali ni..aku bercerita tentang duit dan perempuan!!! Duit dan perempuan sebenarnya x dapat dipisahkan. Sebenarnya, duit dengan sapa pun x dapat dipisahkan, bukannya perempuan ja... >_<
Tapi perempuan  ni bila dah ada duit sikit...herm...mulalah..dia punya keinginan tu melonjak-lonjak. Mulalah tengok barang tu, nak beli, tengok barang ni nak beli, tambah2 kalau waktu tu tengah ada promosi potongan harga kan!!! Mata tu tetiba ja terbeliak...sapa yang bermata sepet tu, terus ja jadi bulat...sapa yang pi shopping complex dalam keadaan mengantok dan x dak mood terus jadi segar bugar macam bunga kena sembur air!!!hahahak...( merepek sangat aku ni!!!)
Aku cakap macam ni, sebab aku mengalaminya...kehkehkeh!!! Perangai x senonoh ini makin membuak-buak pada awal bulan teutamanya!!! Sebabnya, aku baru dapat duit gaji ler!!!! walaupun x banyak mana pun, tapi heeeeeee...aku x dapat menahan perasaan ini  untuk pergi "SHOPPING" . Dulu, x kerja, x dak duit poket sendiri, x dak la teruk sangat perangai ni, tapi.....bila dah start ada duit poket sendiri.herm ish3..( mengeluh untuk diri sendiri) x dapat nak control langsung...

Tiap-tiap bulan, mesti ada weekend aku keluar dengan member aku ka my Ibu ka , untuk meneroka supermarket, ka kedai baju ka...hahahak walaupun kadang2 x dak barang pun nak beli...sekadar window shopping jer...Ini dinamakan "TERAPI"  woke....sesuai untuk wanita menghilangkan stress!!!!hahahak.

So, baru-baru ni, my mom and I telah memustuskan untuk keluar berjalan-jalan...hahahak dan satu fakta tentang kami berdua ialah.... kami berdua kalau keluar jalan, confirm ya..duit kitaorang pun akan terbang dengan laju...hahahak... Mula-mula, ibu aku cakap,
Ibu : "Kak cik, kita gi jalan2 tengok2 perabot na?"

Aku : Woke ja!! tapi lepas tu kita pi jalan2 sat nak kat JUSCO Perda!!"

Ibu : Woke!!

hahahak, nampak x. jalan2 kami tu membawa maksud yang sangat "mendalam" ok.. Masa ibu pi tengok barang kat kedai perabot tu, ibu sudah berkenan dengan perabot kat situ n apa lagi...terus beli la...tunggu lagi!!! hahahak aku tau dah..kami kalau keluar confirm akan ada barang kami akan bawak balik... Habis tengok perabot..jeng2..masa aku pulak untuk pi jalan2..hahahak, bila masuk kat shopping complex tu, kena plak ada promosi..hahahak terus rasa x sayang duit..padahal selama ni, punya kumpul duit gaji sebab aku teringin  nak pi holiday..last2...bila tengok ja...ada promosi, terus x sayang duit!!! Itulah perangai terbaru aku...aku pun x tahu la macam mana nak control!!! X reti dah saya ni...

Mula-mula tengah ada promosi untuk Carlo Rino..memang la..kalau x fikir panjang nak ja...beli kasut ngan handbag dia..lawa kut...tambah2 jenama tu..heeee...memang teringin la..
tapi erm..Madam kat belakag bagi signal..."Dah nak buat apa handbag banyak2..kau bukan jalan pun..kasut pun baru beli ja kan..." hikhikhik..nasib la ada penasihat 25% kat belakang, kalau x..herm melayang la duit aku....thanks mom...

Lepas tu, ibu cakap ibu x larat dah nak jalan jauh2..ibu suruh aku ja la jalan sorang2...x per la..aku pun pi la jalan2...tengok sana, tengok sini..memang semua kedai tengah buat promosi la boleh kata...sekali aku jalan2..tengok orang ramai la kat Kedai CHEETAH..so kaki aku pun laju ja melangkah masuk dalam kedai tu...

CHEETAH EVO!!!

HA...bukti2..ini orang dok pilih2 baju...

Nah satu lagi bukti....
PROMOSI!!!PROMOSI!!!!

PROMOSI LAGI!!!!
hahaak aku pun apa lagi.. x dernya nak lepaskan peluang..terus ja.. masuk..pilih2..baju..n at last!!

Nah!!! Ini dia..sebungkus beg plastic berisi baju n seluar telah menjadi miliku!!! mehmehmeh >_<
 Lepas ja habih beli barang, aku pi la balik kat ibu...tetiba ibu tengok ja beg tu, terus ibu tanya

Ibu : Aik, beli apa plak dah??

Aku : Ala, T-shirt dengan seluar ja..ada promosi...

Ibu : Kat mana???

Aku : Cheetah la...alah ibu ni..

Ibu : Erm..jom la pi...teringin jugak ibu nak tengok...

Hahahaak..see..dua beranak ni...kalau bab shopping laju ja..hahahahak...x pe la so, aku masuk kedai Cheetah ni 2 kali la....hahahak nasib la kakak kedai tu..x kata apa.. ;)

Puan besar pun last sekali...angkut jugak baju kat Cheetah ni!!!

Hahahak inilah kisah dua beranak yang suka sangat nak shopping sana sini!!!!

-the end-

-wassalam-







Sunday, 23 March 2014

My Sayang.....

-Assalamualaikum-
Heeee.....ini adalah entry khas buat orang yang khas di dalam hati saya....mehmehmeh >_<
 semua orang kat dalam dunia ni..mesti ada shabat kan..samalah jugak seperti saya ni ( apasal rasa macam ayat pendahuluan waktu buat karangan bm form 5 ea??)
ok la...aku ada ramai sangat kawan...tapi sahabat x ramai...aku rapat dengan semua orang.. aku x kisah sapa pun nak jadi kawan aku..sebab dalam dunia ni..berkawan biar beribu..berkasih biar satu..hahahak 

Dalam banyak2 sahabat...ada seseorang yang sentiasa ada dengan aku..pendengar yang paling setia...x kisah la walaupun cerita aku tu diulang siaran beribu-ribu kali pun..dia tetap dengar tanpa rasa jemu!!( harap2 dia x jemu la) bersyukur sangat jumpa dia..sedar x sedar dah dekat 7 tahun kami berkawan..hehehek memang aku ada sorang lagi sahabat yang dah dekat 16 tahun kami kawan...tapi dengan "sayang" aku ni aku rasa dia selalu ada ja ngan aku..menangis bersama, walaupun waktu aku kacau2 dia, aku emo2 kat dia tu..dia tengah nak exam..so..aku rasa dia layak diberi penghargaan..n aku jadikan entry ni khas untuk dia.....

7 years back......

Erm waktu ni kita budak lagi..berhingus lagi...pakai tudung pun  senget2 lagi..kita baru 13 tahun waktu tu..kita duduk satu kelas...awak duduk belakang saya....awak pendiam sangat...sampai hari ni saya pun confuse sangat..macam mana si mulut murai ni boleh jadi bff si pendiam ni..herm..???????
Lama-lama kita jadi rapat..saya kata kat awak..

"Eh! muka hampa sama macam kawan sk rendah kami dulu2.."
hahahak bila saya tunjuk gambar kawan saya tu kat awak , awak  senyum ja..tau sebab apa awak senyum???sebab muka awak  dengan kawan tu  x sama pun!!( aku ja drama lebih!!!) ..saya biasa cemburukan awak sebab awak rapat dengan orang lain..tapi at last kita bahagia selamanya!!! waktu tingkatan dua..kita duduk bilik sekali kan!!!..sampai tingkatan 3..kan.wak kan??? ( saya pun dah lupa dah!!!) waktu tingkatan satu ja kita duduk satu kelas..lepas tu kita terpisah...tapi kita tetap rapat..bercerita itu ini..admire senior sama2..hahak
kongsi mp3..n naynyi sekali...salin lirik lagu BI..awak dengar..saya tulis..hahahak awak kan expert Bi..saya tukang salin ja...
 lepas PMR...kita rajin duduk kat ruang tengok tv sama2..sampai tegah malam..hahahak makan maggie sama2..sambil cerita balik aktiviti2 kita, perancangan hidup, pasal ekspedisi panjat gunung keriang tu kan....hahaak hampir tiap2 hari...kita memang "sekepala"

Masuk form 4, kita x sebilik..huhuhu sedih saya..x dak teman sembang tiap2 malam macam dulu,,.tapi kita tetap bahagia selamanya kan!!! waktu f4, kita sedikit renggang sebab x sebilik..x sekelas..tapi kita tetap bahagia selamanya!!!awak terkejut waktu saya bagi cik ted kat awak.. muka awak macam nak menangis ja..waktu cari saya kat bawah asrama hahahak cik ted tu x seberapa nak dibandingkan dengan persahabatan kita!!! itu cuma penghargaan kecil ja!!!

Yeay masuk f5...kita sebilik...erm happy sangat...kesian kat awak..saya selalu menumpang tidur kat katil awak.berhimpit dengan awak..kadang2 bantal awak pun saya ambik...ish3...biar ja katil saya kosong...apa la..
saya selalu merepek...bila saya mengantuk..and at last awak cakap...

" Yus..tidurla..Yus merepek dah ni!!!" :P sorrrry!!!
 sepanjang kita berkwan...awak biasa merajuk skali ja dengan saya..lepas tu x pernah dah!!! bagusnya kita!!!

saya selalu manja2..dengan awak..tidur atas riba la..suruh sikat rambut la..mntak tolong bubuh ubat la..awak layan ja...hahahak

awak bagi saya novel tebal untuk hadiah bufday..terima kasih!!!

Lepas SPM..saya ingat kita akan terpisah selamanya.. tapi  kita rajin sembang..macam selalu..mesej dari petang sampai malam..kadang2 dua tiga pagi..hhahak hebatnya kita...ada ja bnda kita sembang...lepas tu awak masuk matrik..saya kat umah..masih jadi budak sekolah..hahahak

Erm..lepas tu saya mula belajar apa itu erti kehidupan..susah senang saya..awak sentiasa dengar..kadang2 awak nangis..dengar saya bercerita...awak selalu mintak saya kuat...dan jangan lupa untuk terus berdoa :)
terima kasih!!! sejak kita berpisah..kita just jumpa waktu raya ja...saya pi umah awak..hihik...dah dua tahun kita pisah..dah dua tahun saya raya kat umah awak...

orang hari raya..pi kutip duit raya..kita pi habiskan masa..shopping..tengok wayang..hahahaak terima kasih untuk semua tu!!!

Hari ni..kita masih macam dulu..berkongsi cerita dan impian..hari ni..saat saya bahagia...awak tetap ada dengan saya.... saya dah pecah semua rahsia saya kat awak..saya x boleh khianat awak..sebab habih la...saya....habislah rahsia saya..hihihik..tapi....saya tahu..awak penyimpan rahsia terbaik... :) 
terima kasih untuk 7 tahun ni...waktu saya susah..awak ada..waktu saya senang awak gembira untuk saya..
NURUL AFIFAH IZZATI..awak adalah segalanya...
.saya pernah cakap..kalau saya ada husband pun..awak tetap di hati saya kan..kalau saya gaduh ngan husband pun..saya lari kat umah awak kan!!!!
itulah awak dalam hati saya....

tengok gambar2 di bawah...ini adalah kenangan kita!!!!!


Gambar raya tahun lepas ngan cik ted!!!( nampak hitam gambar ni!!)
Hari puteri 2011!!!

Jamuan lepas PMR 2009!!!!

Lawatan 4 Ihsan dan 5 Ihsan ke kuala perlis..tapi background x lawa..air laut tengah surut!!!

Hari sukan 2011


   

Nenek VS Chicken, Tok Wan VS Cow!!!

-Assalamualaikum-
Tajuk ni nampak macam...peliknya????? pada aku la..tapi inilah hakikatnya, ini lah tajuk untuk cerita kali ni

Nenek VS Chicken/ Tok Wan VS Cow!!!

Baru-baru ni aku balik kampung sebab tok aku x sihat..so x pa la..balik la melawat tok kesayangan...Alhamdulillah x dak la sakit teruk...macam yang diceritakan dalam telefon..hehee besa la..nenek memang la nak kan perhatian dan kasih sayang extra terutamanya daripada anak2 cucu tersayang la !!!
ni la my  lovely grandma!!!
(diapit oleh dua cucunya)

kebetulan my cousin baru ja lahirkan seorang baby boy yang cute!!! tahniah Kak Suhaila sebab dapat adik Muhammad Al-Fatih!!! supaya dapat menjadi Al-Fatih yang kedua!!! (lama tau ambik masa + macam2 dugaan  nak dapat Al-Fatih ni)..and at last

Jeng..jeng...

 ni la adik Al-Fatih...waktu ni adik Al-Fatih baru lepas kena cucuk kat punggung,,,
sian adik...sob3 :'(  tu adik zzzzzzzzz tu!!!!!

Ok back to our topic..hehehee.... masa tengah rehat2 umah my cousin..sambil tengok adik Al-Fatih n plus layan si abang Al-Fatih yang sangatlah "terover" pandai!! Mama dia pun x larat nak layan si abang Al-Fatih ni...( serius kalau aku ada anak macam tu..aku bagi kat bapak dia ja suruh layan!! sebab apa...aku mati akal layan anak yang macam tu..)

  Haaa...nampak x yang dok pegang duit singgit yang macam anak cina tu.. itulah abang Al-Fatih..
cerdik sangat!!!sampai mati akal nak jawab!!!


  Tengah aku dok melayan  si "anak cerdik" tu.. tiba2 mak sedara a.k.a my Mak Lang buat throwback plak dah waktu aku kecik2 dulu...gini dialognya...

M.Lang : Kalau tengok Kak Cik kecik2 dulu sapa sangka dah besar  jadi macam ni....

Aku : Napa Mak Lang??? Kak Cik teruk ea kecik2 dulu???

Mak Lang : Kak Cik dulu kecik2 bukan mau masuk umah tok...kan umah tok dulu pakai tikar getah..kak
cik x mau masuk dalam umah tok..kak cik geli nak pijak tikar getah..

Aku : Herk!!!( dalam hati : truknya aku dulu2 mengada..nasib besar x ngada) Nasib perangai tu x melarat sampai besar kan!!!

Mak Lang : Kak Cik nak tau x....dulu kak cik kecik2 balik cakap orang putih dengan tok!!

Aku : Hah!!! apa kak cik cakap???

Mak Lang : Kak cik balik2 umah tok..cakap kat tok..Tok...nak chicken!!!

Aku : Krik3!!!! hahahak biar betui..cakap ngan tok nak chicken???

Tiba-tiba ibu plak dah pi tambah...

Ibu : Ha..betui la tu..adik lagi best!!! otw balik kampung kan..nampak lembu sepanjang jalan..sampai kampung, adik cita kat tok wan..Wan..adik nampak Cow..banyak..tepi jalan tadi...
 
 Aku : Hahahak adik cakap Cow ngan tok wan???

Ibu : Ha la...tok wan pun balas la balik.. adik bagi la sikit Cow kat tok wan...

Aku : Hahahak..kesian wan..adui apa la adik ni..tapi kak cik pun sama ja..ada mntak chicken kat tok!!!

Lepas tu kami gelak ramai2...hahahak apa la kami dua beradik..tapi serius x ingat..bila la aku pi buat lawak mntak chicken kat tok..memang confirm2 la x dapat...ish3..insaf seketika...(sorry tok!!)
Tapi apa pun..itulah yang telah terjadi..hasil usaha dan berkat didikan ibu ajar kami cakap BI kecik2..
tapi mai peksa x la elok mana pun BI aku..besa2 ja..hahahak BI kecik2 dulu x dak apa sangat..setakat bird,rabbit, apple..biasa la tu...hahaak( x nak ngaku jugak x berapa cerdik tu!!!)

ok la..itu cerita untuk kali ni...

-salamualaikum-

-the end-