-Assalamualaikum-
Ok, malam ni, saja la ambik mood nak menulis..tengah boring-boring ni, apa salahnya kita menulis plak..kekeke
Tadi ada la sembang dengan member sekolah lama, dia ada cita kata, ramai kawan2 dah berubah..bila aku dengar ja kata ada dua tiga orang kawan2 aku dah berburdah..aku terus mengucap Syukur ke hadrat Ilahi..padahal kalau nak ikut background diaorang dulu, wush..macam x pecaya ja..dengan perubahan yang berlaku sekarang..tapi siapa kita untuk menghukum seorang manusia...
Jangan kerana masa lalunya yang teruk atau terpesong, kita terus menghukum bahawa dia x akan berubah dan x mungkin berubah selamanya.Aku mengaku...dulu aku jugak ada fikiran yang macam ni.Bila nasihat dua, tiga kali, orang x mau dengar...kita terus hukum dia x kan mampu dan boleh berubah!!!
No!!! itu salah ok..salah sama sekali..aku pun dah berubah persepsi negatif tu. Makin aku membesar aku makin yakin bahawa, manusia walau seburuk mana sekalipun perangai dia..kalau kita selalu doakan yang terbaik untuk dia, nasihat dia benda yang baik2, tunjuk kat dia contoh teladan yang baik, in sha allah satu hari nanti dia pasti berubah.
Aku mengalaminya sendiri..aku melihat sendiri bagaimana seorang manusia yang pada aku agak keras hatinya akhirnya berubah menjadi seorang yang agak lembut hatinya..tapi kunci untuk dia berubah adalah kesabaran..
Sabar??? semua orang boleh sabar..tapi selama dan sebanyak mana seseorang manusia itu boleh bersabar...itu x sama...ada orang boleh sabar banyak..ada orang boleh sabar sikit...ja..
Sabar???semua orang boleh cakap..tapi nak buat??x semua orang boleh buat..tapi hikmah kita bersabar ni sangat la besar...percayalah..kita akan dapat suatu kepuasan yang sangat indah bila kita bersabar!! x rugi pun bersabar ni....lagi untung ada la!!
-the end-
wassalam